Wajah 3D Ini Memperbodohkan Kesemua Peranti Android Kecuali iPhone Comments Off on Wajah 3D Ini Memperbodohkan Kesemua Peranti Android Kecuali iPhone

Kini hampir semua peranti di pasaran menawarkan fungsi pengecaman wajah untuk nyahkunci peranti. Fungsi ini dapat menjamin keselamatan peranti daripada dibuka oleh individu lain. Ia juga mudah digunakan kerana pengguna tidak perlu meraba peranti untuk membuat imbasan cap jari.

Untuk menguji tahap keselamatan fungsi tersebut, baru-baru ini Forbes telah melakukan satu ujian menggunakan cetakan wajah 3D. Menurut sumber, wajah 3D itu telah menjalani proses selama beberapa hari untuk disiapkan di Backface yang terletak di Birmingham, UK. Kos yang dihabiskan pula mencecah £300 atau hampir RM1600.

Beberapa model daripada pelbagai jenama telefon pintar telah diuji dan apa yang mengecewakan ialah kesemua peranti Android ini telah berjaya dinyakunci oleh wajah 3D palsu tersebut. Sementara pada peranti iPhone pula, Face ID nampaknya masih kekal selamat daripada dibuka. Antara peranti yang diuji adalah Samsung Galaxy S9, Samsung Galaxy S8, OnePlus 6, dan LG G7 ThinQ.

Sistem keselamatan Face ID merangkumi beberapa sensor termasuk infrared, illuminator, dan dot projector. Ia dapat merakam 30,000 dot untuk mengecam wajah yang telah didaftar. Menurut Apple, Face ID generasi kedua yang ada pada iPhone Xs, Xs Max, dan XR adalah lebih selamat dan pantas berbanding iPhone X.

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend