VooV Meeting Kini Di Malaysia – Aplikasi Telekonferen Yang Boleh Disertai 300 Orang Peserta Comments Off on VooV Meeting Kini Di Malaysia – Aplikasi Telekonferen Yang Boleh Disertai 300 Orang Peserta

Bagi memenuhi permintaan untuk kemudahan pejabat jarak jauh dan persidangan pelbagai negara yang semakin meningkat, Tencent Cloud, anak syarikat perkomputeran awan Tencent, hari ini memperkenalkan kemudahan persidangan awan, VooV Meeting di Malaysia.

Aplikasi ini menawarkan persidangan awan yang berdefinisi tinggi, serba lancar dan selamat. Jika anda sebahagian daripada kakitangan yang memerlukan perbincangan bersama rakan kerja dari jarak jauh, VooV Meeting membolehkan mesyuarat disertai oleh 300 orang peserta dalam satu-satu masa. Akses VooV Meeting adalah percuma.

VooV Meeting dilengkapi dengan ciri-ciri kemudahan yang praktikal dan mudah digunakan bagi membantu pengguna menambahbaik keberkesanan persidangan atas talian. Melalui integrasi ekosistem WeChat, pengguna boleh berkongsi pautan mesyuarat melalui WeChat dan menyertai mesyuarat dengan program mini WeChat tanpa perlu memuat turun sebarang aplikasi.

VooV Meeting turut menawarkan fungsi mencantikkan wajah dan mengkaburkan latar belakang, perkongsiaan skrin dengan tera air automatik dan penggunaan gambar berdefinisi tinggi serta algoritma pemprosesan yang tepat bagi meningkatkan kualiti video dan mengurangkan bunyi sekeliling dan bunyi papan kekunci, selain daripada fungsi-fungsi yang lain.

Seni bina teknologi VooV Meeting disokong oleh Tencent Cloud yang selamat dan boleh dipercayai dengan pelbagai lapisan perlindungan dari segi data perniagaan, protokol pengurusan, peralatan rangkaian dan dasar akses. Baru-baru ini Tencent Cloud juga telah memperolehi Multi-Tier Cloud Security Standard (MTCS SS) sebagai bukti aplikasi ini mampu memberikan tahap keselamatan tertinggi kepada pengguna awan di Malaysia, Asia dan seluruh dunia.

Buat masa ini syarikat yang menggunakan VooV Meeting adalah Asiasoft Malaysia, China Construction Bank Malaysia (CCB Malaysia), dan Green Packet Berhad (Green Packet).

VooV Meeting boleh dimuat turun sekarang di Apple App Store dan Google Play Store atau muat turun versi Desktop di https://voovmeeting.com/

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend