Vivo Z6 5G Dengan Snapdragon 765G, Bateri 5000mAh Akan Dilancarkan Pada 29 Februari Ini Comments Off on Vivo Z6 5G Dengan Snapdragon 765G, Bateri 5000mAh Akan Dilancarkan Pada 29 Februari Ini

Gara-gara pembatalan MWC 2020, banyak syarikat pengeluar telefon pintar telah mengambil keputusan untuk mengadakan pelancaran produk secara dalam talian. Hal ini termasuklah Vivo yang mana difahamkan mereka mahu melancarkan telefon pintar terbaru pada 29 Februari ini.

Vivo bakal memperkenalkan Vivo Z6 5G, peranti berspesifikasi kelas pertengahan yang hadir dengan cip pemproses Snapdragon 765G. Peranti ini dipercayai menyokong dwi-mod 5G dan dijana bateri sebesar 5000mAh bersama sokongan pengecasan 44W.

Di sebelah belakang, Vivo Z6 5G dipadankan bersama bonjol kamera segi empat yang menempatkan sistem kuadkamera bersebelahan dengan pengimbas cap jari. Vivo mengatakan telefon ini turut menyertakan sistem penyejukan gred komputer.

Berdasarkan imej yang dikongsikan di Weibo ini, terdapat tiga pilihan warna yang bakal ditawarkan iaitu putih, biru, dan hitam.

Spesifikasi dan butiran penuh sudah pasti akan kami kupaskan pada hari pelancaran nanti. Jadi tunggu!

melalui

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend