Vivo Z1i Diperkenalkan Dengan Cipset Snapdragon 636 Bersama Storan Dalaman 128GB Comments Off on Vivo Z1i Diperkenalkan Dengan Cipset Snapdragon 636 Bersama Storan Dalaman 128GB

Vivo hari ini melancarkan sebuah lagi telefon pintar baharu iaitu vivo Z1i ke pasaran China. Ia merupakan peranti yang menerima naik taraf daripada model Z1 yang diumumkan sebulan yang lalu. Model ini juga dilengkapi pemproses yang berbeza, storan yang lebih besar, dan sistem kamera yang lebih baik.

vivo Z1i mengenakan skrin bertakuk 6.26-inci yang dipadankan dengan panel belakang ala-gelas. Bahagian terpenting dikuasakan dengan cip pemproses kelas pertengahan Qualcomm Snapdragon 636, RAM 4GB, serta storan 128GB, yang boleh diperluaskan dengan kad microSD sehingga 256GB.

vivo Z1i menempatkan kamera utama 12MP menggunakan teknologi sensor dwi piksel untuk hasil gambar seperti kamera 24MP. Sementara kamera depan pula menawarkan penggambaran 16MP dan dikhabarkan tiada perubahan dilakukan. Peranti ini dijana bateri berkapasiti 3,260mAh dan dioperasikan sistem perisian Android Oreo disamping antaramuka FunTouch OS terbaru sama seperti vivo Z1.

Buat masa ini, vivo Z1i dipasarkan di China pada harga CNY1,898 (kira-kira RM1,151) dalam pilihan warna hitam, emas, dan merah. Tiada pengumuman untuk pasaran Malaysia setakat ini.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend