Vivo Z1 Pro Dengan Snapdragon 712, Bateri 5000 mAh Dan Kamera Swafoto 32MP Bakal Dilancarkan Comments Off on Vivo Z1 Pro Dengan Snapdragon 712, Bateri 5000 mAh Dan Kamera Swafoto 32MP Bakal Dilancarkan

Vivo sebelum ini telahpun melancarkan telefon pintar kelas pertengahan terbaharunya untuk pasaran China dengan kemunculan model Vivo Z5x, dan ia telah dikuasakan dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 710. Menariknya melalui perkongsian di laman rasmi Vivo India, model itu bakal diperkenalkan dalam versi global dengan menggunakan nama yang berbeza iaitu Vivo Z1 Pro.

Dari segi rekaan fizikal dan juga spesifikasinya, secara keseluruhannya Vivo Z1 Pro kelihatan sama sahaja seperti Vivo Z5x untuk pasaran di China. Namun begitu, apa yang membezakan model global ini adalah sokongan pemproses yang lebih baharu iaitu Qualcomm Snapdragon 712 (10nm) yang menjanjikan CPU yang lebih pantas iaitu 2.3GHz berbanding 2.2GHz (Snapdragon 710).

Spesifikasi Vivo Z1 Pro turut tersedia dengan paparan skrin penuh IPS LCD berukuran 6.53 inci FHD+ dengan rekaan lubang kamera di dalam skrin yang dipertingkatkan ke 32MP, tiga kamera utama beresolusi 16MP (f/1.8) + 8MP (f/2.2, Ultra Wide Angle) + 2MP (f/2.4, Depth sensor), dan juga bateri berkapasiti 5000 mAh dengan pengecasan pantas 18W.

Buat masa ini tarikh pelancaran rasmi dan juga harga jualan untuk Vivo Z1 Pro masih lagi belum diumumkan kepada umum.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend