Vivo Z1 Pro Dengan Rekaan Lubang Kamera Dalam Skrin, Snapdragon 712 Dan Bateri 5000 mAh Kini Rasmi Comments Off on Vivo Z1 Pro Dengan Rekaan Lubang Kamera Dalam Skrin, Snapdragon 712 Dan Bateri 5000 mAh Kini Rasmi 441

Vivo India hari ini telahpun mengumumkan kehadiran satu lagi model terbaharunya untuk segmen kelas pertengahan dengan pelancaran model Vivo Z1 Pro. Berbeza dengan model asal iaitu Vivo Z5x yang dilancarkan di China pada Mei 2019, model ia kini telah diperbaharui dengan sokongan cipset yang lebih berkuasa.

Tampil dengan rekaan kerangka polikarbonat dengan sentuhan permukaan yang berkilat seperti kaca, Vivo Z1 Pro dikuasakan dengan Qualcomm Snapdragon 712 (10nm) yang menawarkan sokongan enam teras (2x 2.3GHz Kryo 360 Gold + 4x 1.7GHz Kryo 360 Silver). Ia juga turut menampilkan kombinasi memori RAM sehingga 6GB, dan juga ruang storan mencecah sehingga 128GB.

Vivo Z1 Pro turut tersedia dengan paparan skrin 6.53 inci IPS LCD FHD+ yang menggunakan rekaan lubang kamera dalam skrin untuk menempatkan lensa swafoto beresolusi 32MP. Keupayaan penggambarannya pula telah dilengkapi dengan tiga kamera beresolusi 16MP (f/1.78, Sony IMX499) + 8MP (AI Super Wide Angle) + 2MP (Depth sensor).

Dioperasikan oleh Funtouch OS 9 (Android 9.0 Pie), peranti ini menjanjikan prestasi terbaik melalui sokongan teknologi Multi Turbo, termasuklah Game Turbo dan juga ciri getaran 4D. Tidak cukup dengan itu, ketahanan baterinya juga tidak mengecewakan kerana dijana dengan bateri berkapasiti 5000 mAh yang mampu dicas pantas menggunakan output 18W.

Vivo Z1 Pro yang menerima pengiktirafan Widevine L1, butang dedikasi Google Assistant dan juga bicu audio 3.5mm ini boleh dimiliki dalam tiga warna pilihan iaitu Sonic Black, Sonic Blue dan Mirror Black. Akan muula dijual pada 11 Julai 2019, Vivo Z1 Pro akan ditawarkan dalam tiga varian berbeza seperti berikut:

  • 4GB + 64GB – Rs14,990 (~RM899)
  • 6GB + 64GB – Rs16,990 (~RM1,019)
  • 6GB + 128GB – Rs17,990 (~RM1,079)

Baca juga:

Vivo Z1 Pro Dengan Snapdragon 712, Bateri 5000 mAh Dan Kamera Swafoto 32MP Bakal Dilancarkan

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend