Vivo Y91C 2020 Diperkenalkan Tapi Dengan Naik Taraf Kecil Comments Off on Vivo Y91C 2020 Diperkenalkan Tapi Dengan Naik Taraf Kecil

Tahun lalu vivo Y91C memasuki Malaysia sebagai telefon pintar kelas pertengahan-bawah menawarkan paparan skrin dan bateri berkapasiti besar.

Kini legasinya diteruskan menerusi vivo Y91C 2020 yang terbaru dengan naik taraf kecil pada beberapa bahagian. Atas kertas, perbezaan yang dapat dilihat adalah pada bateri, model 2020 dilengkapi bateri berkapasiti 4000mAh berbanding 4030mAh pada model terdahulu.

Saiz memori juga dipertingkatkan daripada 2GB kepada 3GB RAM selain storan seluas 32GB masih lagi dikekalkan. Cipset dan sistem operasi yang menguasakan peranti masih lagi sama iaitu MediaTek Helio P22 dengan Funtouch OS 4.5 berasaskan Android 8.1 Oreo.

vivo Y91C 2020 menyertakan satu kamera belakang dan satu kamera depan, masing-masing dengan sensor 13MP dan 5MP. Sokongan lain yang melengkapkan peranti adalah sokongan kad microSD, Bluetooth 5.0, bicu audio 3.5mm, serta port pengecasan microUSB. Tiada pengimbas cap jari memandangkan sistem nyahkunci hanya ada pada kamera depan menggunakan imbasan wajah.

Telefon Android asas ini akan dijual di Bangladesh dengan tanda harga BDT9990 (~RM486) seunit dalam pilihan warna Fusion Black dan Ocean Blue.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend