Vivo Y91 Dengan Bateri Berkapasiti 4030 mAh Boleh Dimiliki Pada Harga RM799 Bermula 5 Januari Comments Off on Vivo Y91 Dengan Bateri Berkapasiti 4030 mAh Boleh Dimiliki Pada Harga RM799 Bermula 5 Januari

Pada penghujung Disember yang lepas, Vivo Malaysia telahpun mengumumkan jualan Vivo Y95 yang menawarkan keupayaan penggambaran swafoto 20MP secara rasmi di negara ini pada harga RM999 di Lazada. Nampaknya hari ini satu lagi model dari siri Y telah diumumkan akan mula dijual di negara ini.

Melalui perkongsian di Vivo Malaysia di Twitter, Vivo Y91 yang memfokuskan aspek ketahanan bateri dengan kapasiti mencecah 4030 mAh pula disahkan akan mula dijual secara rasmi bermula 5 Januari 2019 ini. Ditawarkan pada harga RM799, ia menampilkan rekaan mirip seperti model Vivo Y95.

Vivo Y91 akan dikuasakan dengan pemproses MediaTek MTK6762R atau lebih dikenali sebagai Helio P22, dioperasikan oleh antaramuka Funtouch OS 4.5 berasaskan Android 8.1 Oreo, memori 3GB RAM + 64GB, bateri 4030 mAh, skrin berukuran 6.22 inci HD+ (1520 x 720 piksel) dengan rekaan takuk titisan air, dwi kamera 13MP (f/2.2) + 2MP (f/2.4) dan juga kamera depan 8MP (f/1.8).

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend