Vivo Y81 Dengan Sokongan Pengimbas Cap Jari Kini Diperkenalkan Untuk Pasaran Di India Comments Off on Vivo Y81 Dengan Sokongan Pengimbas Cap Jari Kini Diperkenalkan Untuk Pasaran Di India

vivo Y81 sebelum ini telah dilancarkan secara rasmi di Taiwan pada penghujung bulan Jun yang lalu dan lebih menariknya ia juga telah mula dijual oleh pengedar tempatan seperti SatuGadget pada harga yang mampu milik iaitu hanya RM749.

Dikuasakan dengan pemproses MediaTek Helio P22, vivo Y81 menyokong paparan skrin berukuran 6.22 inci HD+ (1520 x 720 piksel) dengan rekaan takuk pada bahagian atas skrin. Sebagaimana yang kita ketahui, vivo Y81 tidak memiliki sensor pengimbas cap jari sebaliknya ia dilengkapi dengan ciri face unlock menggunakan kamera hadapan beresolusi 5 Megapiksel.

Hari ini vivo Y81 dilihat telah mula dilancarkan untuk pasaran di India dan berbeza dengan versi yang dijual di Malaysia, kini model itu telah menerima penambahbaikan dengan kehadiran sensor pengimbas cap jari di bahagian belakangnya. Ia akan dijual pada harga INR12,990 (kira-kira RM759).

Spesifikasi vivo Y81:

  • MediaTek Helio P22
  • FunTouch OS 4.0 (Android 8.1 Oreo)
  • 3GB + 32GB
  • 6.22 inci HD+ (1520 x 720 piksel)
  • Kamera utama: 13 Megapiksel (f/2.2)
  • Kamera hadapan: 5 Megapiksel (f/2.2)
  • 3260 mAh
  • microUSB, Bluetooth 5.0
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend