Vivo Y81 Dengan Sokongan MediaTek Helio P22 Kini Dilancarkan Secara Rasmi Di Taiwan Comments Off on Vivo Y81 Dengan Sokongan MediaTek Helio P22 Kini Dilancarkan Secara Rasmi Di Taiwan

vivo sebelum ini telahpun melancarkan telefon pintar pertamanya yang tampil dengan sokongan pemproses MediaTek Helio P22 di China pada bulan Mei yang lalu melalui kemunculan model vivo Y83. Kini versi global untuk model itu turut dilancarkan secara rasmi untuk pasaran di Taiwan dengan menggunakan nama vivo Y81.

vivo Y81 menampilkan paparan skrin berukuran 6.22 inci HD+ (1520 x 720 piksel) dengan rekaan takuk yang agak besar mirip seperti iPhone X. Permukaan skrin bernisbah 19:9 ini turut menerima perlindungan yang lebih baik daripada Corning Gorilla Glass yang didedahkan versinya. Sama seperti vivo Y83, vivo Y81 turut dikuasakan oleh pemproses terbaru MediaTek Helio P22 (MT6762) dengan kelajuan CPU sehingga 2.0 GHz.

Spesifikasi lain yang disokong termasuklah ruang storan 32GB, RAM 3GB, sokongan kad microSD sehingga 256GB, kamera utama 13 Megapiksel (f/2.2), kamera hadapan 5 Megapiksel (f/2.2), bateri 3260 mAh, port microUSB, Bluetooth 5.0 dan juga dioperasikan dengan antaramuka FunTouch OS 4.0 berasaskan Android 8.1 Oreo.

vivo Y81 yang ditawarkan dalam dua warna pilihan iaitu merah dan hitam akan dijual pada harga VND4,990,000 (kira-kira RM875) untuk pasaran di Taiwan. Model ini juga dipercayai akan turut dilancarkan di beberapa negara lain tidak lama lagi termasuklah Malaysia, Thailand dan juga Eropah.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend