Vivo Y15 Boleh Dimiliki Pada Harga RM299 Dengan Langganan Pelan Digi Postpaid 58 Bermula Esok Comments Off on Vivo Y15 Boleh Dimiliki Pada Harga RM299 Dengan Langganan Pelan Digi Postpaid 58 Bermula Esok 291

Jika anda bercadang untuk memiliki telefon pintar pada harga yang berbaloi untuk dimiliki, kini Vivo Y15 sudah boleh dibeli secara eksklusif melalui pelan Digi Postpaid 58 iaitu pada harga hanya RM299, bermula esok (27 Jun 2019).  Melalui langganan pelan pascabayar ini, anda juga akan turut menerima panggilan tanpa had dan juga data Internet sehingga 25GB sebulan.

Vivo Y15 merupakan telefon pintar terbaharu yang menampilkan paparan skrin berukuran 6.35 inci Halo FullView Display HD+, dikuasakan dengan cipset MediaTek Helio P22 (12nm), dioperasikan oleh Funtouch OS 9 (berasaskan Android 9.0 Pie), kombinasi memori 4GB RAM + 64GB, kamera depan 16MP, tiga kamera utama beresolusi 13MP + 8MP + 2MP, dan juga bateri berkapasiti 5000 mAh.

Ditawarkan dalam dua warna pilihan iaitu Aqua Blue dan Burgundy Red, Vivo Y15 yang dijual pada harga asal RM799 ini hanya boleh dibeli secara eksklusif melalui mana-mana kedai Digi di seluruh negara bermula 27 Jun ini.

 

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend