Vivo X30 Dan X30 Pro Kini Rasmi Dengan Exynos 980, Kuad Kamera 64MP Dan 33W Vivo FlashCharge Comments Off on Vivo X30 Dan X30 Pro Kini Rasmi Dengan Exynos 980, Kuad Kamera 64MP Dan 33W Vivo FlashCharge

Seperti yang dijadualkan, Vivo kini telahpun melancarkan dua model terbaharunya iaitu Vivo X30 dan Vivo X30 Pro untuk pasaran di China. Berbeza dengan telefon pintar keluaran Vivo sebelum ini, siri Vivo X30 telah menampilkan beberapa pembaharuan pada rekaan dan juga sokongan spesifikasinya.

Vivo X30 dan Vivo X30 telah dikuasakan dengan cipset Exynos 980 (8nm) dengan sokongan 5G, dioperasikan dengan FunTouch OS 10 berasaskan Android 9.0 Pie,  8GB RAM, dan juga ruang storan sehingga 256GB. Kedua-dua model ini juga dilengkapi dengan paparan skrin Super AMOLED berukuran 6.44 inci FHD+ (2400 x 1080 piksel), dengan lubang kamera depan beresolusi 32MP yang agak kecil.

Keupayaan penggambaran Vivo X30 tersedia dengan sokongan tiga kamera beresolusi 64MP (f/1.8) + 8MP (Wide Angle, f/2.2) + 32MP (Portrait Lens, f/2.0). Manakala Vivo X30 Pro pula menampilkan keupayaan penggambaran yang lebih baik dengan sokongan kuad kamera beresolusi 64MP (f/1.8) + 8MP (Wide Angle, f/2.2) + 32MP (Portrait Lens, f/2.0) + 13MP (Telephoto, f/3.0).

Vivo X30

Lensa 8MP Wide Angle pada kedua-dua peranti ini juga boleh digunakan untuk mengambil mod Macro dengan jarak sedekat 2.5cm, manakala lensa 32MP Portrait Lens pula mampu menghasilkan efek potrait profesional 50mm.

Vivo X30 Pro

Apa yang menjadi kuad kamera Vivo X30 Pro lebih istimewa adalah lensa Telephoto yang menggunakan teknologi periskop mampu menyokong fungsi 2x zum optikal, 5x zum hibrid, dan 60x zum digital.

Vivo X30 dan X30 Pro yang dijana dengan bateri berkapasiti 4350mAh ini juga turut menjanjikan proses pengecasan pantas dengan menggunakan teknologi 33W Vivo FlashCharge.

Harga jualan di China:

  • Vivo X30
    • 8GB + 128GB – CNY3,298 (~RM1,955)
    • 8GB + 256GB – CNY3,598 (~RM2,133)
  • Vivo X30 Pro
    • 8GB + 128GB – CNY3,998 (~RM2,370)
    • 8GB + 256GB – CNY4,298 (~RM2,547)
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend