Vivo X27 dan X27 Pro Kini Rasmi Dengan Snapdragon 710, Kamera Depan Terangkat Dan Bateri 4000 mAh Comments Off on Vivo X27 dan X27 Pro Kini Rasmi Dengan Snapdragon 710, Kamera Depan Terangkat Dan Bateri 4000 mAh

Berlangsung di China, Vivo telah melancarkan dua lagi model terbaharunya untuk pasaran tempatan di sana dengan kemunculan model Vivo X27 dan juga X27 Pro. Disasarkan untuk segmen pasaran kelas pertengahan atasan, kedua-dua model ini menawarkan sokongan spesifikasi yang baik dengan rekaan kamera swafoto terangkat.

Vivo X27

Untuk pengetahuan anda, Vivo X27 boleh dianggap sebagai versi peningkatan untuk model Vivo V15 Pro yang baru sahaja dilancarkan. Ia menyokong panel skrin Super AMOLED sebesar 6.39 inci FHD+ dengan rekaan skrin penuh. Manakala untuk penggambaran swafoto ia menggunakan rekaan kamera terangkat 16MP dengan kehadiran jalur LED RGB yang hadir dalam enam pilihan warna pada kedua-dua sisi lensa.

Untuk penggambaran utamanya pula, Vivo X27 menyokong tiga lensa beresolusi 48MP (Sony IMX586) + 13MP (Ultra Wide-angle) + 5MP (Depth sensing). Kameranya menawarkan pelbagai mod kamera seperti 2.5cm super makro, super backlight mode, super night scene mode, beauty mode, dan juga banyak lagi.

Terdapat dua varian ditawarkan untuk Vivo X27 iaitu Snapdragon 675 dengan memori 8GB + 128GB dan juga varian Snapdragon 710 dengan memori 8GB + 256GB.

Vivo X27 Pro

Vivo X27 Pro pula menampilkan paparan skrin Super AMOLED yang lebih besar berukuran 6.7 inci FHD+, dan ia turut menampilkan rekaan kamera terangkat beresolusi 32MP dan dengan sokongan Dual Tone LED Flash. Sama seperti model X27, ia juga memiliki jalur LED RGB yang boleh diubah warnanya.

Dikuasakan dengan Qualcomm Snapdragon 710, memori RAM sebesar 8GB dan juga ruang storan 256GB, Vivo X27 Pro merupakan telefon pintar pertama daripada Vivo menyokong PCB 10-lapisan dengan rekaan U. Ini sekaligus membolehkan kedudukan tiga kamera beresolusi 48MP (Sony IMX586) + 13MP (Ultra Wide-angle) + 2MP (Night Vision Sensor) ditempatkan di sisi kiri panel belakangnya.

Vivo X27 dan X27 Pro masing-masing dioperasikan dengan antaramuka FunTouch OS 9 berasaskan Android 9.0 Pie, teknologi pengimbas cap jari dalam skrin generasi ke-6 yang lebih pantas, dilengkapi teknologi Multi-Turbo (Center Turbo + AI Turbo + Net Turbo + Cooling Turbo + Game Turbo), dan juga menyokong bateri 4000 mAh dengan Vivo FlashCharge 22.5W.

Harga jualan Vivo X27 dan X27 Pro:

  • Vivo X27 – Snapdragon 675 (8GB + 128GB) → CNY3,198 (RM1,942)
  • Vivo X27 – Snapdragon 710 (8GB + 256GB) → CNY3,598 (RM2,185)
  • Vivo X27 Pro – Snapdragon 710 (8GB + 256GB) → CNY3,998 (RM2,428)

Baca juga:

Vivo V15 Pro Dengan Kamera Pop-up Dilancarkan Di Malaysia Pada Harga RM1,799

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend