Vivo X23 Dengan Qualcomm Snapdragon 670 Dan RAM 8GB Dilengkapi Fungsi ‘System & Game Turbo’ Kini Dilancarkan Comments Off on Vivo X23 Dengan Qualcomm Snapdragon 670 Dan RAM 8GB Dilengkapi Fungsi ‘System & Game Turbo’ Kini Dilancarkan

Hari ini Vivo telah melancarkan model terbarunya iaitu Vivo X23 secara rasmi di China dengan membawakan teknologi pengimbas cap jari pada skrin generasi keempat. Ia juga turut menawarkan sokongan panel skrin berkualiti Super AMOLED dengan skrin sebesar 6.41 inci FHD+ (2340 x 1080 piksel). Dengan rekaan takuk kecil dikenali sebagai Halo FullView Display, Vivo X23 menyokong nisbah skrin-ke-kerangka mencecah 91%.

Vivo X23 yang dikuasakan dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 670 dan juga antaramuka FunTouch OS 4.1 (Android 8.1 Oreo) ini turut dilengkapi dengan pembantu AI iaitu ‘Jovi’. Manakala dari segi memori pula ia hadir dengan ruang storan sebesar 128GB dan juga RAM berkapasiti 8GB.

Tiga warna diperkenalkan iaitu Magic Night dengan efek warna dua tona, dan juga Phantom Red serta Phantom Purple.

Apa yang istimewanya, Vivo X23 turut memfokuskan aspek prestasi tambahan dengan sokongan teknologi pecutan berkembar yang dikenali sebagai System Turbo dan juga Game Turbo. Fungsi System Turbo dikatakan mampu mempertingkatkan prestasi pengoperasian aplikasi sehingga 100%, manakala Game Turbo pula berupaya menjanjikan pengalaman permainan yang lebih lancar hasil kerjasama dengan Unreal Engine, Tencent Game Lab dan juga Netease Game Lab.

Dilengkapi bateri berkapasiti 3400 mAh dengan teknologi pengecasan pantas sehingga 22.5W, Vivo X23 turut menjanjikan aspek penggambaran yang baik. Dwi kamera utamanya menyokong 12MP (IMX363, f/1.8) + 13MP (Wide Angle, f/2.4), dan kamera hadapan pula beresolusi 12MP (f/2.0). Ia turut disediakan dengan fungsi AI Beauty, AI Scene Detection, AI Stickers dan banyak lagi.

Vivo X23 edisi istimewa tampil dengan sentuhan panel belakang yang lebih unik.

Vivo X23 akan dijual di China pada harga CNY3,498 (kira-kira RM2,120) bermula 14 September nanti. Vivo turut memperkenalkan edisi istimewa Vivo X23 dengan menampilkan rekaan logo Vivo pada panel belakangnya yang akan mula dijual pada 1 Oktober 2018. Namun harganya tidak pula didedahkan buat masa ini.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend