Vivo X21 Dengan Sokongan Pengimbas Cap Jari Pada Skrin Kini Ditawarkan Dalam Warna ‘Glare Red’ Di Taiwan Comments Off on Vivo X21 Dengan Sokongan Pengimbas Cap Jari Pada Skrin Kini Ditawarkan Dalam Warna ‘Glare Red’ Di Taiwan

vivo X21 baru sahaja dilancarkan secara rasmi untuk pasaran tempatan pada awal bulan Jun yang lalu dan ia hanya ditawarkan dalam satu pilihan warna sahaja iaitu hitam. Apa yang menariknya, vivo dilihat telah memperkenalkan satu lagi warna baharu untuk model vivo X21 iaitu ‘Glare Red’ di Taiwan baru-baru ini.

Dengan sokongan spesifikasi yang sama seperti, vivo X21 dalam warna merah ini menampilkan efek yang lebih berkilat apabila terkena pantulan cahaya. Setakat ini tiada sebarang maklumat rasmi berhubung ketersediaan warna baharu ini untuk pasaran lain termasuk Malaysia.

Spesifikasi vivo X21:

  • Funtouch OS 4.0 (berasaskan Android 8.1 Oreo)
  • Qualcomm Snapdragon 660
  • 128GB + RAM 6GB
  • microSD sehingga 256GB
  • 6.28 inci Super AMOLED
  • FHD+ (2280 x 1080 piksel)
  • Kamera utama: 12 Megapiksel (f/1.8, Dual Pixel Sensor) + 5 Megapiksel (f/2.0)
  • Kamera hadapan: 12 Megapiksel (f/2.0, Dual Pixel Sensor)
  • 3200 mAh
  • Bluetooh 5.0, microUSB 2.0, USB OTG

 

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend