vivo Indonesia Mula Berkongsi Video Pengiklanan Rasmi vivo V9 Comments Off on vivo Indonesia Mula Berkongsi Video Pengiklanan Rasmi vivo V9

vivo India sebelum ini telah mendedahkan bahawa mereka telah merancang untuk melancarkan model terbaru vivo V9 di negara itu lebih awal dari tarikh yang telah ditetapkan sebelum ini iaitu dari 27 Mac kepada 23 Mac 2018. Bahkan vivo Indonesia juga sebelum ini dilihat telah mula giat membuat pra-promosi dengan menggantung papan iklan model tersebut di sekitar ibu kotanya.

Baru-baru ini satu video pengiklanan untuk model vivo V9 untuk pasaran di Indonesia mula dikongsikan secara rasmi di akaun YouTube vivo Indonesia. Melalui video pengiklanan vivo V9 itu, jelas dapat dilihat penyanyi sensasi dari Indonesia iaitu Afgan telah dipilih untuk membintanginya. Ini secara tidak langsung turut mengesahkan Afgan merupakan salah seorang daripada duta model vivo V9 selain Agnez Mo.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend