vivo V19 Dilancarkan Di Malaysia Pada Harga RM1699 Comments Off on vivo V19 Dilancarkan Di Malaysia Pada Harga RM1699

vivo V19 akhirnya dilancarkan secara rasmi untuk pasaran tempatan, pengumuman itu dibuat selepas vivo Malaysia mengadakan penstriman langsung sebentar tadi di media sosial.

Peranti itu kini dijual pada harga RM1699 dan anda boleh mendapatkannya secara atas talian di kedai vivo store, Lazada, Senheng, SenQ, atau penyedia rangkaian seperti Digi, Maxis, dan Celcom. Anda juga boleh menikmati kadar faedah 0% menerusi Aeon Credit ataupun kad kredit Visa.

vivo V19 hadir dengan paparan Super AMOLED 6.44-inci FHD+, dijana cip pemproses Snapdragon 712, memori 8GB RAM, dan storan sebesar 128GB. Ia dilengkapi bateri 4500mAh dengan sokongan pengecasan pantas 33W yang membolehkan peranti dicas dari 0% hingga 54% hanya dalam masa 30 minit.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend