Vivo V19 Dengan Kuad Kamera Akan Diperkenalkan Dalam Dua Warna Pilihan Comments Off on Vivo V19 Dengan Kuad Kamera Akan Diperkenalkan Dalam Dua Warna Pilihan

Vivo Malaysia sebelum ini telahpun disahkan akan tampil dengan model telefon pintar terbaharunya iaitu Vivo V19 yang dikatakan akan dilancarkan tidak lama lagi di negara ini.

Melalui perkongsian terbaharu, Vivo V19 disahkan akan diperkenalkan dalam dua warna pilihan iaitu Gleam Black dan juga Sleek Silver. Jika dilihat pada panel belakang, Vivo V19 turut dilengkapi kuad kamera dengan rekaan yang mirip seperti model Vivo V17 sebelum ini.

Panel belakang dengan rekaan kerangka melengkung yang ergonomik pada Vivo V19 ini juga mampu menjanjikan rasa pegangan yang lebih selesa di tangan.

Namun begitu, sehingga kini tiada sebarang maklumat berhubung spesifikasi dan tarikh pelancaran Vivo V19 di negara ini.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend