Vivo V17 Pro Sudah Lulus Sijil SIRIM, Beri Petanda Akan Diperkenalkan Tidak Lama Lagi Comments Off on Vivo V17 Pro Sudah Lulus Sijil SIRIM, Beri Petanda Akan Diperkenalkan Tidak Lama Lagi 244

Vivo Malaysia hari ini telah mula memuat naik poster acah mempromosikan peranti terbaru mereka iaitu V17 Pro. Ini menandakan pasaran Malaysia bakal menerima satu lagi telefon pintar siri mercu daripada Vivo selepas kejayaan mereka menerusi model V15 dan V15 Pro.

Data maklumat SIRIM yang tertiris menunjukkan Vivo V17 Pro telah melepasi pensijilan menggunakan kod nama Vivo 1910 yang didaftarkan atas nama syarikat, Vivo Technologies Sdn Bhd.

Perkembangan lain mengenai peranti juga dikongsikan di laman Facebook Vivo Malaysia memperlihatkan peranti dilengkapi sistem Hexa-kamera yang mana menempatkan dua lensa 32MP di depan dan empat lensa pula di belakang (Megapiksel tidak didedahkan).

Syarikat ini memaklumkan Vivo V17 Pro akan dilancarkan bulan hadapan. Jadi, sama-sama kita nantikannya.

 

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend