Vivo V17 Pro Kini Rasmi Di Malaysia Pada Harga RM1699 Comments Off on Vivo V17 Pro Kini Rasmi Di Malaysia Pada Harga RM1699

Vivo Malaysia hari ini melancarkan peranti terbaru, Vivo V17 Pro untuk pasaran tempatan. Ia merupakan telefon pintar generasi terkini dalam siri mercu yang memfokuskan kepada fotografi.

Vivo V17 Pro dilengkapi dua kamera swafoto 32MP + 8MP berserta sokongan pencahayaan yang dinamakan Soft Light yang boleh digunakan untuk penggambaran dalam gelap. Selain itu, kamera belakangnya pula hadir dengan konfigurasi kuad-kamera yang membenarkan pengguna merakam gambar bersudut lebar mahupun potret disamping kamera turut menyokong mod malam.


Peranti ini didatangkan bersama bateri yang menyokong mengecasan pantas melalui sambungan USB-C. Paparannya pula menyokong resolusi FHD+ di atas skrin Super AMOLED yang turut menyertakan pengimbas cap jari di atasnya.


Vivo V17 Pro ditawarkan di Malaysia pada harga RM1699 dengan dua pilihan warna, Knight Black dan Crystal White. Peranti ini boleh didapati di kedai konsep Vivo, syarikat telco, dan wakil penjual sah seluruh negara mulai hari ini.

Spesifikasi:

  • 6.44″ Super AMOLED FHD+
  • Qualcomm Snapdragon 675
  • Funtouch 9.1 (berasaskan Android Pie)
  • 8GB RAM + 128GB storan
  • Kamera depan: 32MP (lebar) + 8MP (ultralebar)
  • Kamera belakang: 48MP (lebar) + 13MP (telefoto) + 8MP (ultralebar) + 2MP (makro)
  • 4100mAh Dual engine Fast Charging 18W
  • Pengimbas cap jari dalam skrin, USB-C, WiFi 802.11 a/b/g/n/c, Bluetooth 5.0

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend