[EKSKLUSIF] Vivo V17 Pro Dijangka Akan Dijual Pada Harga RM1699 Di Malaysia Dalam Dua Warna Pilihan Comments Off on [EKSKLUSIF] Vivo V17 Pro Dijangka Akan Dijual Pada Harga RM1699 Di Malaysia Dalam Dua Warna Pilihan 1173

Vivo sebelum ini telahpun melancarkan Vivo V17 Pro untuk pasaran India pada 20 September 2019 yang lalu, manakala pelancaran rasmi peranti ini di Malaysia telahpun disahkan akan berlangsung pada 1 Oktober 2019 nanti. Malah ia juga telah dijadualkan akan mula dijual di India bermula esok (27 September 2019).

Melalui maklumat rasmi yang kami terima daripada sumber yang boleh dipercayai, Vivo V17 Pro dengan sokongan 8GB + 128GB dijangka akan dijual pada harga RM1,699 untuk pasaran tempatan. Penawaran harga ini dilihat sedikit lebih murah jika dibandingkan dengan harga jualan rasmi untuk pasaran India iaitu Rs.29,990 (kira-kira RM1,773).

Vivo V17 Pro akan dikuasakan dengan cipset Snapdragon 675 AIE, skrin Super AMOLED FHD+ berukuran 6.44 inci dengan pengimbas cap jari dalam skrin, kuad kamera beresolusi 48MP + 13MP + 8MP + 2MP, dwi kamera depan 32MP + 8MP, bateri 4100mAh, dan juga pengecasan pantas 18W.

Menariknya berbeza dengan pasaran India yang menawarkan warna Midnight Ocean dan Glacier Ice, Vivo V17 Pro untuk pasaran tempatan akan lebih dikenali sebagai Knight Black dan Crystal White.

Baca juga:

Spesifikasi Kamera Vivo V17 Pro Kini Disahkan Secara Rasmi, Tiba Di Malaysia Pada 1 Oktober 2019

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend