Vivo V17 Kini Rasmi Di India Dengan Skrin 6.44″ Super AMOLED, Kuad Kamera 48MP Dan 4500mAh Comments Off on Vivo V17 Kini Rasmi Di India Dengan Skrin 6.44″ Super AMOLED, Kuad Kamera 48MP Dan 4500mAh

Tanpa sebarang khabar angin, Vivo India hari ini telahpun melancarkan satu lagi model terbaharunya iaitu Vivo V17 untuk pasaran di negara itu. Berbeza dengan model Vivo V17 Pro yang baru sahaja dilancarkan di Malaysia pada bulan Oktober lepas, varian baharu ini akan menampilkan perbezaan pada rekaan fizikal dan juga sokongan spesifikasinya.

Vivo V17 menampilkan paparan skrin Super AMOLED FHD+ berukuran 6.44 inci dengan rekaan lubang kamera depan beresolusi 32MP, bagi menggantikan rekaan dwi kamera depan jenis terangkat pada Vivo V17 Pro sebelum ini. Namun begitu ia masih dilengkapi dengan ciri pengimbas cap jari pada skrin.

Selain rekaan kamera depan yang berbeza, Vivo V17 turut menyaksikan rekaan kamera utama yang kini tampil dalam bentuk segi empat tepat pada penjuru kiri panel belakangnya. Walaupun masih mengekalkan sokongan kuad kamera, ia menyokong keupayaan penggambaran berbeza iaitu lensa 48MP (f/1.8) + 8MP (Ultra Wide, f/2.2) + 2MP (Macro, f/2.4) + 2MP (Depth sensor, f/2.4).

This slideshow requires JavaScript.

Malah Vivo V17 juga telah dipertingkatkan dengan sokongan kapasiti bateri yang lebih besar mencecah 4500mAh dengan teknologi pengecasan pantas 18W. Berdasarkan laman rasmi Vivo India, Vivo V17 akan dijual pada harga Rs.22,990 (~RM1,345).

Spesifikasi Vivo V17:

  • FunTouch OS 9.2 (Android 9.0 Pie)
  • Qualcomm Snapdragon 675 AIE
  • 8GB + 128GB
  • 6.44 inci FHD+ Super AMOLED
  • Kamera depan: 32MP (f/2.45)
  • Kamera utama: 48MP + 8MP (Ultra Wide) + 2MP (Macro) + 2MP (Depth)
  • WiFi 802.11ac, Bluetooth 5.0, USB Type-C
  • 4500mAh (18W)
  • Pilihan warna: Midnight Ocean, Glacier Ice

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend