Vivo V17 Dipercayai Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 20 Disember Ini Dalam Varian 8GB + 256GB Comments Off on Vivo V17 Dipercayai Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 20 Disember Ini Dalam Varian 8GB + 256GB

Vivo India baru sahaja mengumumkan ketibaan peranti kelas pertengahan terbaharunya iaitu Vivo V17 yang menampilkan kelainan rekaan fizikal berbanding model sedia ada di pasaran. Malah model yang sama ini turut menerima pengesahan SIRIM yang bertarikh 12 November 2019 yang lalu.

Melalui perkongsian sumber yang boleh kami percayai, Vivo Malaysia berkemungkinan besar akan melancarkan Vivo V17 untuk pasaran tempatan pada 20 Disember 2019 nanti. Menurut sumber itu lagi, berbeza dengan varian 8GB + 128GB yang ditawarkan untuk pasaran India, pengguna di negara ini akan menerima ruang storan lebih besar iaitu 8GB + 256GB.

Apa yang pasti kesahihan berita ini masih belum dapat disahkan, jadi bagi mengetahui harga jualan dan juga spesifikasi lengkap untuk Vivo V17 yang akan dibawa masuk ke pasaran tempatan, sama-sama kita nantikan pendedahan rasmi yang akan dibuat oleh Vivo Malaysia dalam masa terdekat ini.

Baca juga:

Vivo V17 Kini Rasmi Di India Dengan Skrin 6.44″ Super AMOLED, Kuad Kamera 48MP Dan 4500mAh

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend