Vivo V17 Dengan Super AMOLED Ultra O Screen Dan Kuad Kamera 48MP Kini Rasmi Pada Harga RM1,699 Comments Off on Vivo V17 Dengan Super AMOLED Ultra O Screen Dan Kuad Kamera 48MP Kini Rasmi Pada Harga RM1,699

Hari ini Vivo Malaysia telah melancarkan model Vivo V17 untuk pasaran tempatan. Tampil dengan rekaan ‘Ultra O Screen Design’, ia menjanjikan pengalaman paparan penuh berukuran 6.44 inci menggunakan panel Super AMOLED.


Dikuasakan dengan cipset Qualcomm Snapdragon 675 AIE, Vivo V17 turut menyokong kombinasi memori besar iaitu 8GB + 256GB. Ia juga dioperasikan oleh antaramuka Funtouch OS 9.2 ( Android 9.0 Pie).

Keupayaan penggambarannya tersedia dengan kamera depan 32MP, dan juga kuad kamera beresolusi 48MP + 8MP (Wide Angle) + 2MP ( Bokeh) + 2MP (Macro).

Vivo V17 dijana oleh bateri berkapasiti 4500mAh dengan sokongan teknologi pengecasan pantas Dual-Engine Fast Charging 18W.

Ditawarkan dalam dua warna isitu Admiral Blue dan Crystal White, Vivo V17 akan dijual bermula 21 Disember 2019 pada harga RM1,699. Pra-tempah Vivo V17 kini sudah dibuka secara rasmi.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend