Vivo V15 Pro Dengan Kamera Pop-up Dilancarkan Di Malaysia Pada Harga RM1,799 Comments Off on Vivo V15 Pro Dengan Kamera Pop-up Dilancarkan Di Malaysia Pada Harga RM1,799 962

Vivo Malaysia hari ini melancarkan peranti terbaharu mereka Vivo V15 Pro ke pasaran tempatan. Peranti ini membawakan beberapa ciri menarik antaranya tiga kamera belakang, skrin besar, dan menariknya kamera swafoto pop-up 32MP.

Peranti ini hadir dengan dua pilihan warna Topaz Blue dan Coral Red masing-masing dijual pada harga RM1,799 seunit. Ia turut dilengkapi cip pemproses Qualcomm Snapdragon 675 AIE, memori 6GB RAM, dan 128GB storan yang juga menyokong kad microSD sehingga 256GB.

Vivo V15 Pro dipadankan dengan paparan penuh tanpa takuk bersaiz 6.39-inci Super AMOLED, pada masa sama turut menempatkan pengimbas cap jari dalam skrin. Peranti ini menjalankan sistem operasi terkini FunTouch OS 9.0 berasaskan Android Pie.

Bercakap tentang kamera, ia menawarkan pengalaman swafoto yang baik menerusi kamera pop-up 32MP selain kamera belakang 48MP+8MP+5MP yang dikuasakan AI. Peranti ini disaratkan dengan bateri sebesar 3,700mAh tetapi malangnya tidak menawarkan port USB Type-C sebaliknya hadir dengan port microUSB.

Vivo V15 Pro akan berada di ruang pameran Vivo seluruh negara bermula 2 Mac 2019. Bagaimanapun, anda boleh membuat tempahan awal bagi mendapatkan hadiah menarik seperti dron, beg bagasi, atau pengering rambut dan sebagainya.

Vivo Malaysia turut mengadakan jerayawara di Sunway Pyramid pada 2 Mac ini sempena “Superday Sale”. Pelanggan yang terawal beratur untuk mendapatkan Vivo V15 Pro akan diberikan hadiah eksklusif berupa dron DJI Spark Selfie.

Anda boleh semak artikel berkaitan pra-tempah Vivo V15 Pro di sini atau baca artikel pra-pandang kami di bawah:

[Pra-Pandang] Vivo V15 Pro Menampilkan Rekaan Kamera Swafoto Yang Boleh ‘Disembunyikan’

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend