Vivo V15 Pro Dengan Kamera Pop-Up Akan Dijual Pada Harga RM1899? 0 312

Vivo Malaysia dilaporkan akan memperkenalkan Vivo V5 dan V15 Pro untuk pasaran tempatan tidak lama lagi. Malah ada juga penjual yang sudah membuka pra-tempahan untuk peranti ini bermula semalam. Lebih menariknya, berita yang kami terima hari ini memaklumkan peranti ini akan dijual pada harga RM1,899. Ya, harganya tidak melebihi RM2,000.

Jika apa yang didengar ini tepat, ia menjadikan Vivo V15 Pro sebuah peranti yang berbaloi untuk dimiliki untuk tahun 2019. Vivo V15 Pro hadir dengan kamera swafoto pop-up sebesar 32MP, kamera belakang 48MP+8MP+5MP, memori 6GB+128GB, bateri berkapasiti 3,700mAh, bersama skrin seluas 6.39-inci Super AMOLED. Paling penting, tiada sebarang takuk dikenakan menjadikan ia paparan penuh yang sebenar. Cip pemproses pula dikhabarkan akan dimuatkan dengan cipset Qualcomm Snapdragon 675 – lebih baik daripada Snapdragon 660.

Adakah Vivo V15 Pro dapat memberi saingan kepada peranti pertengahan lain seperti Huawei Nova 4? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend