Vivo V11i Kini Sedang Diuji Dengan Kemas Kini Android 9.0 Pie – Geekbench Comments Off on Vivo V11i Kini Sedang Diuji Dengan Kemas Kini Android 9.0 Pie – Geekbench

Berita mengenai program beta Android 9.0 Pie untuk peranti Vivo telahpun diumumkan sejak penghujung tahun lepas, tetapi sehingga kini tiada sebarang pengesahan tentang perkara itu berjaya diperolehi. Akhirnya perkara itu telah berjaya disahkan selepas laman sesawang Geekbench telah mula mendedahkan skor yang diperolehi oleh Vivo V11i dengan sokongan Android 9.0 Pie.

Berdasarkan pendedahan maklumat yang diperolehi daripada ujian penanda aras Geekbench, Vivo V11i yang menggunakan nombor model Vivo 1806 ini telah berjaya memperolehi skor 1491 untuk single-core, dan 5733 untuk ujian multi-core.

Keputusan ujian bertarikh 19 Januari 2019 itu secara tidak langsung memberi petanda bahawa penerimaan kemas kini Android 9.0 Pie untuk Vivo V11i mungkin bakal diterima tidak lama lagi. Memandangkan Vivo V11i merupakan varian lebih rendah, sudah tentunya varian tertinggi iaitu Vivo V11 juga akan turut menerima kemas kini Android 9.0 Pie.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend