Vivo V11 Dan V11i Kini Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia Pada Harga Bermula Daripada RM1,299 Comments Off on Vivo V11 Dan V11i Kini Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia Pada Harga Bermula Daripada RM1,299

Hari ini Vivo Malaysia telah mengumumkan kemunculan dua model terbaharunya untuk pasaran tempatan dengan penawaran Vivo V11 dan Vivo V11i. Kedua-dua peranti ini hadir dengan sokongan rekaan takuk kecil yang dikenali sebagai ‘Halo FullView Display’ dalam kemasan kerangka melengkung 3D.

Vivo V11 yang dilengkapi skrin berukuran 6.41 inci Super AMOLED FHD+ ini telah dikuasakan dengan Qualcomm Snapdragon 660, konfigurasi memori 6GB + 128GB, kamera hadapan 25MP (f/2.0), dwi kamera utama beresolusi 12MP (f/1.8) + 5MP (f/2.4), dan juga bateri berkapasiti 3400 mAh dengan sokongan teknologi Dual-Engine Fast Charging. Lebih istimewanya, ia turut dilengkapi dengan teknologi pengimbas cap jari pada skrin serta face access.

Satu lagi varian yang diperkenalkan adalah Vivo V11i yang menawarkan sokongan spesifikasi yang sedikit rendah seperti paparan skrin lebih kecil berukuran 6.3 inci FHD+, dikuasakan oleh MediaTek Helio P60, konfigurasi memori 4GB + 128GB, dan juga bateri berkapasiti 3315 mAh (Dual-Engine Fast Charging). Kamera hadapannya kekal sama, tetapi dwi kamera utamanya pula beresolusi 16MP (f/2.0) + 5MP (f/2.4). Namun begitu Vivo V11i hanya menyokong ciri keselamatan biometrik face access sahaja.

Vivo V11 akan dijual pada harga RM1,699 bermula 15 September, manakala Vivo V11i pula boleh dimiliki dengan harga RM1,299 pada 21 September nanti. Terdapat dua pilihan warna boleh dipilih iaitu Starry Night dan Nebula Fusion.

Dari kiri: Starry Night dan Nebula Fusion.
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend