Vivo Umum Sub-Jenama Sendiri – Dinamakan Sebagai iQOO Comments Off on Vivo Umum Sub-Jenama Sendiri – Dinamakan Sebagai iQOO 482

Sub-jenama daripada jenama besar bukanlah perkara baru kerana sebelum ini kita juga telah diperkenalkan dengan Black Shark, Honor, Nubia, Pocophone, Redmi, dan Realme. Hari ini Vivo pula dilaporkan mengumumkan sub-jenama mereka sendiri yang dinamakan iQOO.

Pastinya iQOO adalah pengeluar telefon pintar yang bakal memberi saingan kepada jenama lain, pada masa sama ia juga bakal memecahkan monopoli pasaran telefon pintar global. Setakat ini, laman rasmi iqoo.com masih tidak menunjukkan maklumat yang berkaitan dengan syarikat, yang ada hanya pengenalan mengenai jenama Vivo sahaja.

Melalui akaun iQOO di Weibo pula, syarikat tersebut dilaporkan telah bertanyakan soalan bagaimana hendak menyebut nama ‘iQOO’ dengan betul. Selepas tiga jam, terdapat lebih 1,300 komen daripada pengunjung mencadangkan nama yang sesuai iQOO untuk dipanggil. Bagaimana bunyi yang ingin dipanggil nanti, Vivo juga dikhabarkan akan memberi sebuah telefon pintar iQOO kepada pengikut bertuah mereka, esok.

Ramai menjangka, iQOO mensasarkan pasaran telefon pintar gaming premium seperti yang diperkenalkan ZTE menerusi Nubia Red Magic. Tiada apa yang boleh dipastikan lagi setakat ini, kita tunggu sahaja pengumuman seterusnya daripada Vivo.

Menerusi

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend