Vivo U10 Rasmi Dengan Snapdragon 665, 5000mAh Dan Tiga Kamera Pada Harga Bermula Sekitar RM529 Comments Off on Vivo U10 Rasmi Dengan Snapdragon 665, 5000mAh Dan Tiga Kamera Pada Harga Bermula Sekitar RM529 451

Buat pertama kalinya, Vivo India telah melancarkan satu lagi siri daripada segmen mampu milik terbaharunya dengan kemunculan Vivo siri U untuk pasaran India. Apa yang menariknya, pelancaran Vivo U10 ini dilihat akan dislotkan di bawah Vivo siri Y yang sekaligus menjadikan model paling murah daripada Vivo.

Vivo U10 menampilkan paparan skrin IPS LCD HD+ (720 x 1554 piksel) berukuran 6.35 inci dengan format skrin 19.3:9 yang dioperasikan oleh antaramuka FunTouch OS 9.1 berasaskan Android 9.0 Pie. Tersedia dengan rekaan takuk kecil, ia telah menempatkan kamera depan beresolusi 8MP (f/1.8).

Prestasi peranti ini telah dijana dengan cipset Qualcomm Snapdragon 665, RAM sehingga 4GB, dan juga storan sehingga 64GB. Vivo U10 menjanjikan ketahanan bateri yang baik melalui sokongan bateri berkapasiti 5000mAh yang boleh dicas dengan lebih cepat menggunakan pengecas pantas 18W (microUSB).

Keupayaan penggambarannya menampilkan sokongan tiga kamera AI beresolusi 13MP (f/2.2) + 8MP (Ultra Wide Angle, f/2.2) + 2MP (Bokeh, f/2.4). Manakala untuk sambungan, ia menyokong WiFi 802.11ac (2.4GHz/5GHz), Bluetooth 5.0, dwi slot SIM, dan juga GPS serta GLONASS.

Vivo U10 ditawarkan dalam dua warna iaitu Thunder Black dan Electric Blue, dan ia memiliki tiga varian yang akan dijual bermula 29 September 2019 nanti pada harga seperti berikut:

  • 3GB + 32GB – Rs.8,990 (~RM529)
  • 3GB + 64GB – Rs.9,990 (~RM588)
  • 4GB + 64GB – Rs.10,990 (~RM647)
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend