Vivo Super FlashCharge 120W Mampu Memenuhkan Bateri 4000mAh Hanya Dalam 13 Minit Comments Off on Vivo Super FlashCharge 120W Mampu Memenuhkan Bateri 4000mAh Hanya Dalam 13 Minit

Teknologi pengecasan pantas semakin hari semakin maju, hampir semua pengeluar telefon pintar mempunyai teknologi mereka tersendiri. Seperti contoh SuperCharge oleh Huawei, Super VOOC oleh Oppo, Warp Charge oleh OnePlus, Super mCharge oleh Meizu, TurboPower oleh Motorola, dan sebagainya.

Kini, Vivo dilaporkan sedang menguji teknologi pengecasan terbaru mereka yang dipanggil Super FlashCharge 120W. Difahamkan telefon pintar yang bakal menggunakannya boleh dicas penuh dalam tempoh masa yang sangat singkat.

Satu video yang telah tersebar baru-baru ini menunjukkan Vivo Super FlashCharge boleh mengecas bateri 4,000mAh hanya dalam masa 13 minit sahaja. Rekod ini sekaligus sukar diterima akal kerana buat masa ini telefon pintar yang berada di pasaran hanya boleh dicas penuh dalam masa lebih kurang sejam (paling pantas).

Lihat video di bawah untuk melihat sendiri ujian dilakukan di makmal:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend