Vivo S1 Pro Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 3 Disember 2019 Comments Off on Vivo S1 Pro Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 3 Disember 2019

Vivo Malaysia menerusi perkongsian di Twitter hari ini telah memaklumkan bahawa pelancaran Vivo S1 Pro akan berlaku pada 3 Disember ini di Malaysia. Ini turut diperkuatkan lagi dengan tertirisnya maklumat mengenai pra-tempahan peranti yang akan berlangsung bermula hujung bulan ini.

Vivo S1 Pro ialah telefon pintar pertengahan yang menawarkan paparan skrin 6.38-inci Super AMOLED dengan resolusi FHD+, dikuasakan cipset Snapdragon 665 (11nm), janaan sistem operasi Funtouch OS 9.2 berasaskan Android Pie. Memori yang memacu kelancaran adalah sebesar 8GB RAM diikuti storan 128GB yang boleh diluaskan dengan sokongan kad microSD.

Bateri berkapasiti 4500mAh juga bakal menyertakan sokongan pengecasan pantas 18W selain kamera belakang dilengkapi empat lensa dari 48MP utama, 8MP ultralebar, 2MP makro, dan 2MP sensor kedalaman. Manakala kamera swafoto menggunakan lensa 32MP .

Vivo S1 Pro dijangka akan ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu Knight Black dan Fancy Sky. Namun, tiada maklumat mengenai harga buat masa sekarang.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend