
Rasanya ramai yang sudah tahu tentang kehadiran Vivo S1 ke pasaran Malaysia, malah harganya juga kami telah dedahkan lebih awal dalam berita beberapa hari lepas. Seperti yang dijadualkan, Vivo Malaysia hari ini telah melancarkan Vivo S1 untuk pengguna tempatan.

Vivo S1 akan dijual pada harga RM1,099 bermula Sabtu ini, 27 Julai 2019 di semua kedai konsep Vivo, penjual rasmi seluruh negara dan juga platfom e-dagang Vivo Store, Lazada, Shopee, dan Presto Mall.

Orang ramai boleh pra-tempah peranti sehingga 26 Julai ini untuk mendapatkan hadiah eksklusif berupa pembesar suara VShare K1-Bluetooth. Rebat sebanyak RM100 akan diberikan apabila anda membayar wang pendahuluan sebanyak RM50.


Vivo S1 hadir dengan spesifikasi kelas pertengahan:
- 6.38″ Halo Fullview sAMOLED FHD+
- Pengimbas cap jari bawah skrin
- MediaTek Helio P65 lapan-teras
- Funtouch OS 9 berasaskan Android 9.0 Pie
- 6GB RAM + 128GB storan
- 4,500mAh Dual-Engine Fast Charging 18W
- 16MP + 8MP + 2MP
- 32MP Swafoto
- Dwi-SIM, Bluetooth 5.0
- Warna: Diamond Black, Skyline Blue