Vivo S1 Dan S1 Pro Mungkin Tiba Di Malaysia Dengan Dua Warna Ini Comments Off on Vivo S1 Dan S1 Pro Mungkin Tiba Di Malaysia Dengan Dua Warna Ini 824

Semalam Vivo Malaysia telah mengumumkan bahawa mereka bakal membawa masuk siri telefon pintar baharu untuk pengguna tempatan. Seperti yang diberitahu, dua telefon pintar itu adalah Vivo S1 dan Vivo S1 Pro.

Terkini, mereka berkongsi pula rekaan belakang telefon pintar ini yang mana kedua-duanya akan dilengkapi sistem tri-kamera utama. Menurut Vivo, konfigurasi yang akan digunakan masih lagi rahsia walaupun untuk versi China ia hadir dengan gabungan sensor 48MP + 8MP (sudut lebar) + 5MP (kedalaman) bagi model S1 Pro.

Setelah dimaklumkan semalam, untuk versi Malaysia ia mungkin akan berlainan sedikit daripada segi spesifikasi. Tetapi daripada segi warna, Vivo sah akan membawa masuk dua pilihan warna iaitu Diamond Black dan Skyline Blue.

Melihat kepada gambar, panel belakang ini mengenakan efek gelas yang begitu unik sesuai dipadankan mengikut personaliti pengguna. Disamping itu ketiadaan pengimbas cap jari memberi maksud bahawa telefon pintar ini menyokong pengimbas cap jari di bawah skrin.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend