Vivo Perkenalkan U1 Dengan Paparan 6.2-inci, Snapdragon 439 Untuk Pasaran China Comments Off on Vivo Perkenalkan U1 Dengan Paparan 6.2-inci, Snapdragon 439 Untuk Pasaran China 334

Vivo hari ini tampil dengan telefon pintar kelas permulaan yang dinamakan Vivo U1. Ia mensasarkan pengguna yang inginkan telefon pintar Android dengan spesifikasi asas. Bagaimanapun, peranti ini sebenarnya pernah diperkenalkan di Filipina pada November tahun lalu menggunakan nama Vivo Y95.

Khusus untuk pasaran China, peranti ini dinamakan semula sebagai Vivo U1 dengan beberapa pilihan memori. Ia hadir dengan cip pemproses yang sama seperti Y95 iaitu dijana oleh Qualcomm Snapdragon 439. Skrin peranti ini dipadankan dengan paparan 6.2-inci beresolusi HD+ beserta takuk titisan air.

Namun begitu, kamera depan untuk U1 telah direndahkan kepada 8MP berbanding 20MP pada Y95. Manakala untuk kamera belakang pula, Vivo membekalkan dwi sensor 13MP dan 2MP dengan aperture masing-masing f/2.2 dan f/2.4. Sistem keselamatan menawarkan pengimbas cap jari di belakang, malahan pengguna juga boleh menyahkunci peranti menggunakan imbasan wajah.

Vivo U1 hadir dengan kapasiti bateri sebesar 4,030 sama seperti Y95 selain menyokong port microUSB, bicu audio 3.5mm, perlindungan percikan air IP58, dan dioperasikan sistem antaramuka FunTouch 4.5 berasaskan Android Oreo.

Vivo U1 dijual di China dengan tiga pilihan varian antaranya 3GB+32GB pada harga CNY799 (~RM483), 3GB+64GB pada harga CNY999 (~RM603), dan varian teratas 6GB+64GB berharga CNY1,199 (~RM724).

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend