Vivo Perkenal Vivo AR Glass Dan Teknologi Pengecasan Pantas ‘Super FlashCharge 120W’ Secara Rasmi- MWC Shanghai 2019 Comments Off on Vivo Perkenal Vivo AR Glass Dan Teknologi Pengecasan Pantas ‘Super FlashCharge 120W’ Secara Rasmi- MWC Shanghai 2019 310

Bertempat di Shanghai, China, Vivo hari ini telah memperkenalkan Vivo AR Glass dan juga teknologi pengecasan pantas yang dikenali sebagai ‘Super FlashCharge 120W’ kepada umum, bersempena acara tahunan MWC Shanghai 2019.

Vivo AR Glass merupakan kaca mata Realiti Tambahan (AR) pertama yang dibangunkan oleh Vivo ini menyokong dua paparan skrin dan juga dilengkapi dengan teknologi penjejakan 6DoF. Apabila ia disambungkan ke telefon pintar dengan sokongan 5G, pengguna boleh merasai sendiri pelbagai fungsi hebat yang disokong iaitu permainan AR, pejabat mudah alih, tayangan video 3D berdefinisi tinggi, pengecaman wajah, dan juga pengecaman objek.

Vivo AR Glass akan memaparkan kandungan yang telah anda pilih, dan telefon pintar dengan sambungan 5G boleh digunakan bagi mengawal segala aktiviti yang tersedia pada peranti ini. Sebagai contoh, telefon pintar 5G itu boleh digunakan sebagai alat kawalan konsol apabila bermain permainan AR, ataupun digunakan sebagai papan kekunci apabila anda mengakses menu pejabat mudah alih.

Selain daripada produk boleh-pakai, Vivo turut mengumumkan kemunculan teknologi pengecasan pantas dengan reruai (booth) demonstrasi Super FlashCharge 120W. Merupakan teknologi yang pertama seumpamanya di pasaran, proses pengecasan menggunakan sambungan USB Type-C ini menyokong output pengecasan maksimum sehingga 120W iaitu bersamaan 20V6A.

Berdasarkan ujian makmal yang dilakukan, Vivo Super FlashCharge 120W berupaya mengecas bateri 4000 mAh daripada 0% hingga 50% hanya dalam masa 5 minit sahaja. Lebih mengejutkan proses pengecasan penuh boleh dilakukan dalam masa hanya 13 minit sahaja.

Tonton video demonstrasi¬† ringkas teknologi ‘Vivo Super FlashCharge 120W’:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend