Vivo NEX Kini Dilancarkan Secara Rasmi Dalam Tiga Varian Iaitu NEX, NEX S Dan NEX A Comments Off on Vivo NEX Kini Dilancarkan Secara Rasmi Dalam Tiga Varian Iaitu NEX, NEX S Dan NEX A

Akhirnya penantian untuk melihat vivo NEX mula dijual di pasaran telah menjadi kenyataan selepas model prototaip pertamanya yang dikenali sebagai vivo APEX telah dilancarkan secara rasmi di China. Dengan sokongan paparan skrin yang dikenali sebagai Ultra FullView Zero Screen Display, vivo NEX menawarkan saiz skrin berukuran 6.59 inci Super AMOLED dengan resolusi FHD+ (2316 x 1080 piksel).

Apa yang istimewanya tentang vivo NEX adalah bahagian atas skrin tidak memiliki takuk dan sebaliknya kesemua sensor telah disembunyikan di sebalik paparan skrin. Penyingkiran lubang earpiece juga telah digantikan dengan teknologi Screen SoundCasting yang dikatakan mampu menjanjikan bunyi bes dan treble yang lebih baik.

Berbeza dengan pendekatan yang digunakan oleh Xiaomi pada model Mi MIX, vivo NEX telah menawarkan penyelesaian yang lebih praktikal dengan menyembunyikan kamera hadapan pada bahagian atas kerangkanya. Kamera ini akan dikeluarkan dan disimpan ke dalam slot khas secara automatik apabila pengguna mengakses atau menutup kamera hadapan.

Lebih istimewanya, vivo NEX turut menampilkan sokongan teknologi pengimbas cap jari pada skrin generasi ketiga yang dikatakan mampu meningkatkan kepantasan untuk membuka skrin sehingga 10%. Bagi pengguna yang gemarkan aktiviti bermain game pula, vivo NEX turut menyokong fungsi vivo Game Engine yang dibangunkan bersama-sama Tencent Games bagi memastikan keupayaannya untuk mengoperasikan permainan berasaskan Unreal Engine.

vivo NEX ditawarkan dalam tiga varian berbeza iaitu varian tertinggi vivo NEX S yang akan dijual pada harga CNY4,998 (kira-kira RM3,118), varian pertengahan iaitu vivo NEX pula dijual pada harga CNY4,498 (kira-kira RM2,806), dan varian paling rendah iaitu vivo NEX A ditawarkan pada harga CNY3,898 (kira-kira RM2,431).

Spesifikasi vivo NEX:

  • Energy UI dengan AI berasaskan Android Oreo
  • Qualcomm Snapdragon 845 (vivo NEX S, vivo NEX) / Qualcomm Snapdragon 710 (vivo NEX A)
  • 256GB + RAM 8GB (vivo NEX S) / 128GB + RAM 8GB (vivo NEX) / 128GB + RAM 6GB (vivo NEX A)
  • 6.59 inci Super AMOLED Ultra FullView Zero Display
  • FHD+ (2316 x 1080 piksel)
  • Kamera utama: 12 Megapiksel (Sony IMX363, 1.4μm, f/1.8) + 5 Megapiksel (f/2.4)
  • Kamera hadapan: 8 Megapiksel
  • Speaker: 7.1-channel 3D audio dtsX
  • 4000 mAh (teknologi pengecasan pantas 22.5W)
  • WiFi 802.11 ac, Bluetooth 5.0 LE, USB Type-C
  • Fungsi menarik: vivo Game Engine, Screen SoundCasting Technology, pengimbas cap jari pada skrin
  • Pilihan warna: Diamond Black, Ruby Red
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend