Vivo NEX Dual Display Edition Dipercayai Akan Diperkenalkan Dalam Versi Snapdragon 710 Dan 8GB RAM Comments Off on Vivo NEX Dual Display Edition Dipercayai Akan Diperkenalkan Dalam Versi Snapdragon 710 Dan 8GB RAM

Sebelum tahun 2018 melabuhkan tirainya, Vivo telahpun melancarkan telefon pintar mercunya yang mendapat perhatian ramai dengan kemunculan Vivo NEX Dual Display Edition yang menjanjikan sokongan spesifikasi yang berkuasa, dalam rekaan yang unik.

Nampaknya dalam diam-diam Vivo juga dipercayai akan turut memperkenalkan satu lagi varian untuk model tersebut dan ia bakal menyokong spesifikasi yang lebih rendah. Perkara ini telah disahkan selepas Vivo NEX Dual Display Edition dengan sokongan pemproses Snapdragon 710 mula kelihatan di laman TENAA.

Selain menyokong pemproses kelas pertengahan, ia juga dikombinasikan dengan sokongan kapasiti RAM yang lebih rendah iaitu 8GB. Malah Vivo NEX Dual Display Edition versi lebih murah ini juga turut menyokong konfigurasi tiga kamera yang lebih rendah resolusinya iaitu 12MP + 13MP + 2MP. Tidak cukup dengan itu, kapasiti baterinya juga lebih kecil iaitu sebesar 3,425 mAh.

Memandangkan varian baharu untuk model Vivo NEX Dual Display Edition ini telahpun melepasi laman TENAA di China, sudah tentunya ia bakal diperkenalkan secara rasmi tidak lama lagi.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend