Vivo NEX Dual Display Edition Dengan Dwi Skrin, Tiga Kamera Dan 10GB RAM Dilancarkan Secara Rasmi Comments Off on Vivo NEX Dual Display Edition Dengan Dwi Skrin, Tiga Kamera Dan 10GB RAM Dilancarkan Secara Rasmi

Akhirnya peranti mercu keluaran Vivo yang paling dinanti-nantikan iaitu Vivo NEX 2 atau lebih dikenali sebagai Vivo NEX Dual Display Edition telahpun dilancarkan secara rasmi.

Berbeza dengan generasi pertamanya, Vivo NEX Dual Display Edition sekali lagi menampilkan rekaan inovasi yang unik dengan sokongan skrin utama penuh berukuran 6.39 inci Super AMOLED FHD+ (2340 x 1080 piksel) bernisbah 19.5:9. Lebih istimewa ia turut dilengkapi dengan skrin kedua sebesar 5.49 inci Super AMOLED FHD (1920 x 1080 piksel) bernisbah 16:9.

Dikuasakan dengan Snapdragon 845, dan juga ruang storan sebesar 128GB dengan kapasiti RAM mencecah 10GB, Vivo NEX Dual Display Edition telah dioperasikan oleh FunTouch OS 4.5 berasaskan Android 9.0 Pie. Peranti ini turut menawarkan bateri berkapasiti 3500 mAh dengan teknologi pengecasan pantas 10V2.25A (22.5W).

kredit gambar: Engadget

Memandangkan ia tidak menyokong kamera hadapan, pengambilan gambar swafoto pada Vivo NEX Dual Display boleh dibuat menggunakan tiga kamera pada panel belakangnya. Lensa utama beresolusi 12MP dilengkapi dengan penstabilan imej OIS serta aperture f/1.79, manakala lensa kedua beresolusi 2MP berfungsi sebagai sensor kedalaman. Lensa ketiga iaitu 3D TOF pula digunakan untuk Face Unlock, efek kecantikan dan juga pemodelan wajah 3D.

Pada bahagian kamera itu juga turut tersedia dengan satu gelung LED yang boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti berbeza. Antaranya termasuklah LED notifikasi, nyalaan ketika bermain game, pemasa kamera dan banyak lagi.

Vivo NEX Dual Display Edition akan mula dijual di China pada 29 Disember nanti dalam dua warna pilihan iaitu Star Purple dan juga Ice Field Blue. Pra-tempah model ini telahpun dibuka di negara itu dengan tanda harga CNY4,998 (kira-kira RM3,036).

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend