Vivo NEX Dual Display Edisi Terhad DeMarcus Cousin Dalam Gambar Acah? Comments Off on Vivo NEX Dual Display Edisi Terhad DeMarcus Cousin Dalam Gambar Acah?

Vivo Nex Dual Display merupakan telefon pintar dengan dua skrin depan dan belakang. Telefon pintar ini sudahpun dijual di negara ini pada harga RM3199, menawarkan perkakasan dalaman kelas mercu dengan memori sebesar 10GB RAM dan 128GB storan.

Bagaimanapun, menerusi poster acah yang mula tersebar, Vivo dikatakan bakal mengeluarkan peranti edisi terhad Vivo NEX Dual Display dengan kolaberasi NBA (bola keranjang) tidak lama lagi.

Pada masa sama, peranti edisi terhad ini juga akan menampilkan duta produk baharu menggantikan Stephen Curry dari Golden State Warrior yang sudah tamat kontrak. Mengikut jersi yang kelihatan dalam poster, ia mungkin kepunyaan pemain DeMarcus Cousins dalam pasukan yang sama.

Jika Vivo NEX Dual Display DeMarcus Cousins Limited Edition dikeluarkan, ia akan didatangkan dengan kotak pembungkusan yang lebih premium serta barangan eksklusif termasuk sistem antaramuka bertemakan DeMarcus.

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend