Vivo NEX Disahkan Akan Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia Pada 23 Julai 2018 Comments Off on Vivo NEX Disahkan Akan Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia Pada 23 Julai 2018

Akhirnya penantian untuk menantikan kemunculan vivo NEX untuk pasaran tempatan telah terjawab apabila vivo Malaysia telah mula mengedarkan jemputan media secara rasmi pada hari ini. Melalui jemputan media itu, vivo NEX telah disahkan akan dilancarkan untuk pasaran tempatan pada 23 Julai 2018 (Isnin).

Pada pertengahan bulan Jun yang lalu, siri vivo NEX telah diperkenalkan dalam tiga varian berbeza di China iaitu dengan model NEX, NEX S dan juga NEX A. Walau bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada vivo Malaysia akan membawakan ketiga-tiga varian ini untuk pasaran Malaysia ataupun tidak.

Ingin mendapatkan maklumat lanjut tentang majlis pelancaran vivo NEX di Malaysia, nantikan laporan penuh dari kami nanti…

Spesifikasi vivo NEX:

  • Energy UI dengan AI berasaskan Android Oreo
  • Qualcomm Snapdragon 845 (vivo NEX S, vivo NEX) / Qualcomm Snapdragon 710 (vivo NEX A)
  • 256GB + RAM 8GB (vivo NEX S) / 128GB + RAM 8GB (vivo NEX) / 128GB + RAM 6GB (vivo NEX A)
  • 6.59 inci Super AMOLED Ultra FullView Zero Display
  • FHD+ (2316 x 1080 piksel)
  • Kamera utama: 12 Megapiksel (Sony IMX363, 1.4μm, f/1.8) + 5 Megapiksel (f/2.4)
  • Kamera hadapan: 8 Megapiksel
  • Speaker: 7.1-channel 3D audio dtsX
  • 4000 mAh (teknologi pengecasan pantas 22.5W)
  • WiFi 802.11 ac, Bluetooth 5.0 LE, USB Type-C
  • Fungsi menarik: vivo Game Engine, Screen SoundCasting Technology, pengimbas cap jari pada skrin
  • Pilihan warna: Diamond Black, Ruby Red
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend