Vivo NEX 3S 5G Kini Rasmi Dengan Snapdragon 865, WiFi 6, RAM 12GB LPDDR5 Dan Storan 512GB UFS 3.1 Comments Off on Vivo NEX 3S 5G Kini Rasmi Dengan Snapdragon 865, WiFi 6, RAM 12GB LPDDR5 Dan Storan 512GB UFS 3.1

Vivo kini telahpun melancarkan model naik taraf untuk model Vivo NEX 3 5G yang diperkenalkan tahun lepas dengan kemunculan Vivo NEX 3S 5G yang tampil dengan spesifikasi yang telah dipertingkatkan.

Berbeza dengan model sebelum ini, Vivo NEX 3S 5G telah menerima penambahbaikan spesifikasi yang lebih baik iaitu dikuasakan dengan cipset Snapdragon 865, menyokong teknologi RAM LPDDR5 sehingga 12GB, dan juga storan jenis UFS 3.1 mencecah sehingga 512GB.

Dioperasikan dengan Funtouch OS 10 berasaskan Android 10, NEX 3S 5G turut menerima teknologi sambungan tanpa wayar yang lebih terkini iaitu WiFi 802.11ax atau lebih dikenali sebagai WiFi 6, dan juga Bluetooth 5.1 dengan sokongan audio tanpa wayar berkualiti tinggi aptX HD.

Walau bagaimanapun, spesifikasi lain NEX 3S 5G masih dikekalkan sama seperti sebelum ini iaitu skrin Waterfall Display FHD+ AMOLED sebesar 6.89 inci, tiga kamera utama beresolusi 64MP + 13MP (Ultra Wide) + 13MP (Telephoto), dan juga bateri 4500mAh dengan pengecasan pantas 44W.

Selain warna asal biru dan hitam, Vivo NEX 3S 5G kini turut diperkenalkan dalam warna baharu iaitu merah. Varian asas 8GB + 256GB akan dijual pada harga CNY4,998 (~RM3,045), manakala varian tertinggi 12GB + 512GB pula berharga CNY5,298 (~RM3,228).

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend