Vivo NEX 3s 5G Akan Dilancarkan Pada 10 Mac Ini Comments Off on Vivo NEX 3s 5G Akan Dilancarkan Pada 10 Mac Ini

Vivo NEX 3s 5G adalah versi kemas kini daripada Vivo NEX 3 5G yang telah diperkenalkan di Malaysia pada bulan Oktober tahun lalu.

Vivo menjadualkan pelancaran telefon baharu itu pada 10 Mac 2020 selepas poster mengenainya dikongsikan di laman Weibo.

Peranti 5G yang ketiga (termasuk APEX 2020) oleh Vivo ini dilihat akan tampil dengan tubuh yang lebih menonjol kerana dikatakan hadir dalam warna jingga. Selain itu, paparan skrin dilihat masih tiada beza dengan model sedia ada. Vivo jugaakan mengekalkan mekanisma kamera pop-naik yang ada pada model sedia ada.

Pengkalan data TENAA juga memperlihatkan peranti misteri menggunakan kod model V1950A yang merujuk kepada Vivo NEX 3s 5G. Data menunjukkan peranti itu dilengkapi SoC Snapdragon 865, 8GB RAM, dan Android 10.

melalui

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend