Vivo Mempatenkan Tiga Rekaan Berbeza Untuk Paparan Skrin Dengan Empat Lubang Kamera Depan Comments Off on Vivo Mempatenkan Tiga Rekaan Berbeza Untuk Paparan Skrin Dengan Empat Lubang Kamera Depan

Ternyata trend penyediaan sehingga empat lensa kamera tidak lagi terhad untuk kamera utama sahaja, ini berikutan vivo dilaporkan telahpun mempatenkan paparan skrin dengan rekaan empat kamera depan.

Sebagaimana yang telah dikongsikan oleh portal GizChinaVivo telahpun memohon tiga paten untuk rekaan empat lubang kamera depan di pejabat harta intelek. Berdasarkan lakaran yang dikongsikan, Vivo bakal menampilkan telefon pintar dengan rekaan skrin penuh dengan kedudukan empat lubang kamera yang berbeza kedudukannya.

Buat masa ini, beberapa model telefon pintar dengan sokongan dua lubang kamera depan seperti Samsung Galaxy S10+ dan Redmi K30 menawarkan sokongan lensa tambahan Depth Sensor, manakala model seperti HUAWEI Nova 6 pula tampil dengan sokongan lensa tambahan jenis Ultra Wide.

Namun begitu tidak dapat dipastikan jenis lensa yang akan diperkenalkan oleh Vivo untuk keempat-empat kamera pada peranti keluarannya itu nanti.

Baca juga:

Siri Redmi K30 Kini Rasmi Dengan Skrin IPS LCD 6.67″, Paparan 120Hz Dan Kamera 64MP Sony IMX686

Redmi K30 Sebenarnya Menyokong Rekaan Dua Lubang Kamera Depan Yang Berasingan – Video

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend