Vivo Memohon Tanda Dagang Untuk Pengecasan Pantas Super FlashCharge 55W?! Comments Off on Vivo Memohon Tanda Dagang Untuk Pengecasan Pantas Super FlashCharge 55W?!

Berdasarkan penerimaan permohonan terbaharu di Pejabat Harta Intelek Eropah (EUIPO), Vivo dijangkakan sudahpun bersedia untuk hadir dengan teknologi pengecasan pantas yang akan dikenali sebagai Vivo Super FlashCharge.

Permohonan tanda dagang bertarikh 21 Januari 2020 itu merujuk kepada dua nama berbeza iaitu ‘Super FlashCharge’ dan juga ‘Vivo Super FlashCharge’. Walau bagaimanapun tiada banyak maklumat berhubung teknologi itu berjaya didedahkan buat masa ini.

Merujuk kepada pendedahan di Internet sebelum ini, Vivo dikhabarkan akan hadir dengan sokongan pengecasan pantas mencecah sehingga 55W. Terdapat empat output pengecasan disokong iaitu 5V2A (10W), 9V2A (18W), 11V3A (33W), dan 11V5A (55W).

Setakat ini teknologi pengecasan pantas tertinggi yang disokong oleh Vivo adalah 44W iaitu pada model Vivo iQOO yang diperkenalkan pada bulan Mac 2019 yang lalu.

sumber, melalui

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend