Vivo Malaysia Dan Mercy Malaysia Sumbang 20,000 Topeng Muka Dalam Usaha Menentang COVID-19 Comments Off on Vivo Malaysia Dan Mercy Malaysia Sumbang 20,000 Topeng Muka Dalam Usaha Menentang COVID-19

Sama seperti kebanyakan negara global yang lain, Malaysia turut berhadapan dengan cabaran kritikal dalam menghadapi penularan wabak COVID-19. Bahkan dalam usaha membendung wabak tersebut, kerajaan Malaysia telahpun melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh negara sehingga 14 April nanti.

Menyedari akan tanggungjawab sosial, Vivo Malaysia dengan kerjasama Mercy Malaysia telah menyumbangkan sebanyak 20,000 topeng muka untuk melindungi orang ramai daripada virus tersebut.

Menurut Mike Xu selaku CEO Vivo Malaysia, sebagai sebahagian daripada rakyat Malaysia, Vivo akan cuba memainkan peranan untuk membantu komuniti dengan menyediakan bekalan penting yang sangat diperlukan.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend