Vivo Malaysia Buat Promosi Sehari Bersempena Ulang Tahun Ke-8 Lazada Comments Off on Vivo Malaysia Buat Promosi Sehari Bersempena Ulang Tahun Ke-8 Lazada

Bersempena Ulang Tahun ke-8 Lazada iaitu pada 27 Mac 2020, vivo Malaysia akan mengadakan tawaran promosi selama sehari kepada orang ramai.

Menerusi kempen jualan atas talian di platfom eDagang, Lazada, vivo Malaysia menyeru kepada orang ramai supaya terus berada di rumah dan beli-belah secara atas talian berikutan Perintah Kawalan Pergerakan yang akan tamat pada 14 April 2020.

Melaluinya, pelanggan yang membuat pembelian melebihi RM500 untuk mana-mana telefon pintar vivo akan menerima hadiah seperti powerbank 5000mAh dan lain-lain.

Tawaran ini bermula jam 12 tengah malam, malam ini. Klik sini untuk ke vivo Flagship Store, Lazada.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend