Vivo Malaysia Beri Diskaun Sehingga 60% Untuk Telefon Pintar Terpilih – ‘Shopee 7.7 Orange Madness’ Comments Off on Vivo Malaysia Beri Diskaun Sehingga 60% Untuk Telefon Pintar Terpilih – ‘Shopee 7.7 Orange Madness’ 428

Bermula hari ini (28 Jun 2019) hingga 7 Julai 2019 nanti, Vivo Malaysia telah menawarkan diskaun mencecah sehingga 60% untuk model telefon pintar terpilih keluarannya bersempena dengan jualan pertengahan tahun – ‘Shopee 7.7 Orange Madness’.

Sepanjang tempoh promosi ini, anda boleh menikmati potongan harga sehingga RM1,100 untuk model Vivo NEX yang kini dijual pada harga RM1,699 (RM2,799), manakala Vivo V11i pula boleh dimiliki pada harga RM799 berbanding harga asalnya RM1,299. Antara model lain yang turut menerima harga promosi ini termasuklah Vivo V15 Pro, Vivo V15, Vivo Y93, Vivo Y91C, dan banyak model lagi.

Selain daripada diskaun menarik, setiap pembelian di kedai rasmi Vivo di Shopee dengan nilai minimum RM100 juga layak untuk menikmati baucar bernilai RM10. Manakala pembelian dengan nilai minimum RM500 dan RM1,100 untuk model telefon pintar terpilih juga boleh mendapatkan baucar bernilai RM25 dan RM100.

Bagi pembeli sekitar Lembah Klang, setiap pembelian yang dibuat sebelum jam 2 petang akan menerima penghantaran produk pada hari berikutnya dengan kempen ‘Shopee24 Express Delivery’.

Baca juga:

Shopee Lancar Kempen ‘Shopee24 Express Delivery’ Dan ‘Shopee 7.7 Orange Madness’

3 Model Realme Ini Dijual Dengan Diskaun Sehingga RM300 Untuk Tempoh Terhad – 3 & 7 Julai 2019

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend