Vivo Malaysia Bakal Lancar Model Vivo X21 Dengan Sokongan Pengimbas Cap Jari Pada Skrin Di Malaysia Comments Off on Vivo Malaysia Bakal Lancar Model Vivo X21 Dengan Sokongan Pengimbas Cap Jari Pada Skrin Di Malaysia

vivo sebelum ini pernah mengejutkan banyak pihak apabila berjaya memperkenalkan telefon pintar pertama yang hadir dengan sokongan teknologi pengimbas cap jari pada skrin yang pertama di dunia dengan kemunculan vivo X20 Plus UD pada awal tahun 2018 yang lalu. Selang beberapa bulan, vivo sekali lagi memperkenalkan model terbarunya iaitu vivo X21, yang turut dilengkapi dengan ciri keselamatan biometrik yang sama.

vivo X21 dengan sokongan pengimbas cap jari pada skrin ini menyokong paparan skrin AMOLED sebesar 6.28 inci, dikuasakan dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 660, dioperasikan oleh Funtouch OS 4.0 (Android 8.1 Oreo), sokongan storan dalaman mencecah sehingga 128GB, memori RAM 6GB, kamera hadapan 12 Megapiksel, dwi kamera utama beresolusi 12 Megapiksel + 5 Megapiksel, dan juga bateri berkapasiti 3200 mAh.

Apa yang menariknya, vivo Malaysia baru-baru ini dilihat telah mengesahkan penawaran model vivo X21 itu untuk pasaran di negara ini melalui akaun rasmi Twitter miliknya. Walau bagaimanapun tarikh pelancaran dan juga harga jualannya masih lagi belum didedahkan buat masa ini.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend