Vivo Malaysia Bakal Bawa Masuk Siri Telefon Pintar Terbaru – S1 Dan S1 Pro Comments Off on Vivo Malaysia Bakal Bawa Masuk Siri Telefon Pintar Terbaru – S1 Dan S1 Pro 209

Vivo Malaysia hari ini menerusi laman Facebook rasminya telah memuat naik satu gambar acah terbaru. Gambar tersebut memperlihatkan abjad ‘S’ yang mana merujuk kepada siri telefon pintar terbaru.

Menurut emel yang kami terima, Vivo Malaysia mengatakan telefon pintar yang dimaksudkan berkemungkinan adalah Vivo S1 dan Vivo S1 Pro. Ia akan dibawa masuk ke pasaran tempatan tidak lama lagi.

Melihat kepada gambar acah, Vivo turut menyertakan tanda pagar #UnlockYourStyle, yang mana memberi petanda bahawa peranti akan hadir dengan fungsi pengimbas cap jari dalam skrin.

Vivo S1 dan S1 Pro telah dilancarkan di China pada bulan Mac lalu. Kedua-dua peranti hadir dengan spesifikasi pertengahan yang membawakan cip pemproses Snapdragon 675 (S1 Pro) dan Helio P70 (S1) disamping skrin penuh dengan kamera depan terangkat.

Perbezaan antara kedua-dua peranti ialah skrin S1 Pro menggunakan AMOLED manakala S1 menggunakan IPS LCD. Bagaimanapun resolusinya masih sama iaitu FHD+. Untuk S1, skrin-nya sedikit besar dan lebih berat berbanding S1 Pro malah baterinya juga lebih besar.

Untuk versi Malaysia, Vivo memaklumkan spesifikasinya mungkin berlainan sedikit berikutan pasaran yang berlainan dan untuk tujuan strategi pemasaran.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend